Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar
manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai
sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan
musibah,malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
1.Ada golongan manusia
yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang-nya dari Allah
sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin
taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan.
Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan
berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin kemudian
menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi kaya
dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi
kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja
kepada mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak
beri amaran,mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka)
Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada
penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
(Al-Baqarah 2:6-7)
2. Golongan kedua ialah orang-orang yang
kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada
Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan
malapetaka,mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa
ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara manusia yang menyembah
Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap,iaitu kalau ia beroleh
kebaikan,senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa
kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya
itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang
nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari
Allah,yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan
kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh
terpesong."(AlHajj22:11-12)Orang yang demikian apabila memperolehi
kekayaan,dia akan berasa sombong,kedudukan yang ada digunakan untuk
kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan
untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang
diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia
tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka
jadilah ia seorang yang sangat berputus asa.lagi sangat nyata kesan
putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat
41-49)"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian
rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu
daripadanya,kedapatan dia sangat-sangat berputus asa,lagi sangat-sangat
tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9)
3.Golongan ketiga ialah
orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala
petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi
kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan
apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami
(dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri
dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa
cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon
hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12)
4.
Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi
kenikmatan lupa kepada Allah,tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah.
"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia
serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan
maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51) Dia tidak
mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa
kematian ketua keluarga secara mengejut,mereka sibuk memanggil
orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah
ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.
5. Golongan yang
kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila
memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya.
Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar.
Imannya,ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang
ataupun susah.Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi
ujian dari Allah.Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam
ujian dari Allah.Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku
pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon
pertolongan Allah,berlindung denganNya.Bahkan mereka menyingsing
lengan,mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.
EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:
1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri saja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merusakkan dirinya saja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merusakkan orang lain dalam masyarakat.
Kata
pepatah,jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan
dari busuk,maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan. Kita
digolongan mana? Jika kita tak boleh berbuat baik dalam
masyarakat,janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada
masyarakat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar