Jumat, 29 Juni 2012
Musuh-musuh ISLAM yang merusak Wanita Muslimah
MUSUH-MUSUH Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita
muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka
lakukan adalah: a. Berita-berita media massa,sama ada media cetak
mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap
sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk
yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun,
pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita
melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan
berakhlak rendah. b. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan
bebas. c. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai
syariat dan budaya Islam. d. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari
nilai-nilai Islam,seperti kehidupan para artis dan penyanyi. e.
Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian,kasut dan lain-lain.
f. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur
dengan lelaki. g. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian
lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau
akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca,dialog,dan lain-lainnya.
h. Kolum perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling
berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan
bebas. Paul,seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah
anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam
kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita."
Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab
berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan
wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat)
sejak dulu."
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar